Santai: Album Terbaik & Terburuk Sepanjang Karya 4 Gergasi Thrash (Big 4 Thrash) 

Segmen santai kali ini penulis saja-saja ingin menyenaraikan 4 album terbaik dan 4 album terburuk sepanjang karya empat gergasi Thrash Metal dunia. Sememangnya bila sesebuah band sudah banyak melahirkan albumnya, pasti akan wujud zaman kegemilangan dan zaman kejatuhannya. 4 gergasi ini sememangnya sedia maklum tentang perkara ini dan mereka menerima pilihan pendengar dengan hati terbuka. Di dalam dunia ini, apa saja yang berlaku pasti ada yang terbaik dan terburuk pernah mereka lakukan, termasuk dunia muzik rock dan metal.

1. Metallica

Album Terbaik Sepanjang Karya

Master Of Puppets adalah album terbaik sepanjang zaman mereka. Arrangementnya memang padu dan seimbang dengan sound yang berada di tengah-tengah antara purba (primitif) dan moden. Ramai blogger bersetuju ini adalah album terhebat. Saya tidak terkecuali malah bersetuju 666%.

Album Terburuk Sepanjang Karya

Ya. Saya akui ini yang paling terburuk pernah saya dengar sepanjang hidup saya. Ada blogger yang memilih album ‘Lulu’ adalah yang terburuk tapi bagi saya tidak. Album ini tidak punya perasaan dan tidak mempunyai jiwa. Tiada rasa apa-apa. Sound yang sebu, tiada rasa Metallica yang sebenar. Mungkin ada yang tidak sependapat ya. Apa-apapun, itu pendapat masing-masing. Saya terima dengan hati terbuka. 😉

2. Anthrax

Album Terbaik Sepanjang Karya

Nyata cukup thrashy sekali dengan sound dan arrangement yang sangat padu dan laju. Ternyata elemen mereka dalam album ini 666% berkiblatkan Bay Area Thrash. Kali pertama mendengar album ini pada awal tahun 1988, saya sudah cukup tertarik sekali. Tiada sound heavy metal, hanya thrash yang tulin dan menghiburkan. Suara Joey memang lantang dan nampak muda.

Album Terburuk Sepanjang Karya

Aduh! Terasa sungguh malang. Memang hancur jiwa saya bila album ini berada di tangan saya suatu ketika dulu. Hanya mampu menggelengkan kepala. Tenggelam dan hanyut. Hampa tu memang hampa. Album ini bagi saya hanyalah boneka untuk mereka terus berada di persada seni. Ketiadaan Joey dalam album ini sedikit sebanyak menjatuhkan reputasi album ini dan jugak kumpulan Anthrax pada tahun 90an.

3. Slayer

Album Terbaik Sepanjang Karya

Kejam! Tajuknya memang kejam. Album ini punya aura arrangement muzika yang cukup luar biasa. Laju dan thrashy. Menggerunkan. Arangement mereka dalam album ini hampir sama dengan Metallica ‘Master Of Puppets’ dengan skala di tengah-tengah antara primitif dan moden. Diikhtiraf juga sebagai ‘1001 Album You Must Hear Before You Die‘ oleh Robert Dimery.

Album Terburuk Sepanjang Karya

Entahlah! Tak menyengat. Dull dan membosankan bagi saya. Nyata lari dari platform muzika Slayer yang dulu. Eksperimen yang tak menjadi dengan memasukkan elemen acah-acah nu metal. Ternyata hampa bagi saya. Itu pendapat ikhlas saya, memang hancur. Entah apa yang mereka fikirkan saat mencipta kesemua lagu dalam album ini. Tiada arah tuju atau matlamat yang jelas bagi saya sendiri dalam album ini.

4. Megadeth

Album Terbaik Sepanjang Karya

Memang padu dan tight. Tak dapat saya sangkal. Gila dan punya aura yang paling nyaman. Sama seperti Metallica, saya agak lambat mengenali mereka dimana saya mula mengenali Megadeth di album yang terkedepan sedikit iaitu ‘Countdown To Extinction’. Itu tidak menjadi persoalan, yang menjadi persoalannya album ini dipilih oleh kebanyakan blogger sebagai yang terbaik sepanjang karier mereka. Macam tak percaya kan? Hahaha. Hakikatnya, album ini memang padu. Saya setuju 666%.

Album Terburuk Sepanjang Karya

Tak tau nak kata apa. Memang merudum sound yang dipersembahkan dalam album ni. Tiada jiwa dan tiada rasa. Sama seperti Slayer ‘Diabolus In Musica’ album ini agak dull. Album Megadeth paling menyedihkan jiwa saya sepanjang hidup saya. Lemau gaya yang dipersembahkan. Sangat lemau. Jika dihayati ia seolah-olah sudah beralih arah dan persepsi muzika.

Senarai album diatas hanya pendapat peribadi saya sendiri. Mungkin rakan-rakan lain punya pendapat yang berbeza, siapa tau kan? Jika ada pendapat atau sudut pandangan yang berbeza, bolehlah dikongsikan di ruangan komen di bawah. Sama-sama belajar untuk menghayati sesuatu album itu dengan lebih serius.

Naiffus666hobus

Leave a comment